Nuffnang Ads

Monday, July 30, 2018

YAMAHA YZF R15 KINI DI MALAYSIA



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kehangatan industri permotoran negara semakin memuncak apabila pemain-pemain utama industri bersilih ganti melancarkan model baharu. Baru saja Kawasaki memperkenalkan model Ninja 250  2018 di Pameran Art Of Speed 2018, Nun di utara semenanjung bertempat di Batu Kawan Yamaha pula terus mencetuskan kehangatan apabila melancarkan model yang dinanti-nantikan oleh peminat tempatan setelah sekian lama hanya memerhati  model ini meluncur dengan gayanya di negara jiran. Model ini dikenali sebagai YZF R15.








Yamaha YZF R15 2018 ini dilancarkan ketika Karnival Yamaha Gen Blu pada harga RM11,988 dan telah diperingkat akhir kelulusan kerajaan. Model ini juga merupakan pilihan lain selain sport bike segmen 250cc yang mana gaya tunggangan sportbike pada kapasiti enjin yang lebih rendah iaitu 155cc.



Dikuasakan oleh enjin 155cc 6 kelajuan, silinder tunggal sejukan cecair dan didatangkan bersama sistem Variable Valve Actuation ( VVA) 4 injap  yang menjana 19Hp( 14.2kW) pada 10,000rpm dan Tork 14.7Nm pada 8,500rpm.




Enjin dipadankan dengan casis Deltabox bersama swing arm aliminium untuk pengendalian yang lebih stabil. Sistem suspensi depan pula digayakan dengan Fork USD ( Up Side Down/Tebalikan Atas Bawah) membangkitkan aura  lebih menyerlah disamping mempertingkatkan keseimbangan. 

Sistem brek pula diselesaikan dengan cakera brek hadapan berdiameter 282mm hydrolik tunggal dicengkam oleh 2 piston caliper dan cakera brek berdiameter 220mm dengan 1 piston caliper pada bahagian belakang.












Cengkaman jentera ini pada permukaan jalan pula disalur dari tayar yang bersaiz lebar iaitu 100/80-17” ( Hadapan ) dan 140/70-17” ( Belakang) manakala pengcahayaan di pancarkan oleh lampu LED terkini pada kedua-dua bahagian hadapan dan belakang.Indikator meter pada cokpit pula diilhamkan dari inpirasi model R6 dan R1 dengan LCD digital sepenuhnya.





Dengan pilihan 3 warna iaitu Biru, Kuning dan hitam, Yamaha YZF R15 didatangkan dengan warranty 1 tahun atau 10,000km yang mana lebih dahulu. Akan berada di pengedar-pengedar sah Hong Leong Yamaha seluruh negara pada hujung Ogos 2018.


*Dalam delima...nak jandakan aku punya y15 ka nak madukan ja dengan R15 ni....hahahaha

No comments:

Post a Comment