Nuffnang Ads

Tuesday, June 30, 2015

BONUS SATU SAAT



KUALA LUMPUR - Esok, waktu harian seluruh dunia akan bertambah satu saat berikutan fenomena dikenali sebagai saat lompat.
Pegawai Sains Agensi Angkasa Negara, Mohd Zamri Shah Mastor berkata, ini bermaksud waktu keseluruhan pada hari esok akan menjadi 24 jam satu saat.
Beliau menarik perhatian bonus satu saat' ini adalah berikutan faktor kadar putaran bumi di atas paksinya yang perlahan.
Kadar putaran bumi antara lain, beliau berkata, dipengaruhi faktor pergerakan kutub, geseran pasang surut air laut, interaksi pusat bumi dengan lapisan tengah bumi dan cuaca.
"Faktor-faktor ini boleh menyebabkan putaran bumi sama ada semakin perlahan atau cepat, jadi fenomena saat lompat ini juga bukan sesuatu yang tetap, ia bergantung kepada putaran bumi," katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.
Mohd. Zamri berkata, bonus satu saat itu akan diperolehi di penghujung hari esok. - Bernama


Sumber : Kosmo Online



* Kepada yang masih tak cukup-cukup waktu sehari.. esok bertambah satu saat..yang selalu lewat satu saat masuk ofis esok..selamat la korang dah tak lewat dah..huhu

Wednesday, June 24, 2015

WW # 22 BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG


SYILING ALAM GHAIB




Leman Ketom ( Gelaran bukan kerana ketagihan ketom, tetapi berdasarkan banyak Ketom tumbuh secara meliar di belakang rumah beliau..harap maklum ) merupakan seorang buruh kasar yang begitu komited dengan setiap tugasan yang diamanahkan . Dengan daya Ke'komited'an yang sering ditunjuk beliau tidak hairan lah segala tugas-tugas mencabar kredibiliti seorang buruh kasar dapat diselesaikan dengan sempoi sekali.

Memandangkan Leman masih single dan tak punya awek, maka hari-hari beliau diselebungi kesunyian. Kesunyian seorang arjuna yang masih tercari-cari cinta sejati. Biarpun sudah didaki gunung tertinggi, setiap isi bumi telah dijelajahi , laut samudera jua telah diharungi untuk mencari tempat berlabuh sebuah cinta sejati, namun hanya buntu menanti di hujung pencarian. Sehingga Leman dah mula bosan dan berputus asa dengan beranggapan mungkin cinta sejati memang tak akan ada dalam cerita kehidupan beliau. Beliau pasrah, itulah penyebab Leman akan sentiasa memenuhi jadual OT tapak pembinaan setiap hujung minggu.

Hujung minggu seperti biasa, Leman masih menyibukkan diri beliau dengan kerja-kerja keras di tapak pembinaan. Dengan penuh semangat Leman membancuh simen. Tiba-tiba beliau terlihat syiling 20 sen ntah dari mana datangnya. Tanpa memperdulikan keadaan sekeliling, beliau mengutip syiling tersebut. Sedang beliau leka dengan tugasan yang masih belum selesai, terlihat pulak beliau dengan syiling lagi, tetapi kali ini lebih besar nilainya iaitu 5 kupang kata orang Utara, Samah kata orang Kelate bersamaan 50 sen kata orang Kayyy EEll. Apa lagi, bagai sang helang yang meyambar mangsanya dari udara, Leman menyambar lagi syiling itu dengan rakusnya, sambil berbisik sendiri...." Uish..cantik jugak la kalau ada banyak lagi syiling-syiling ni.. boleh jugak nak tampung belanja beli barang yang ber GST nnti, dah ada 70 sen ni  cover 6% dah untuk topup rm10 tepon aku nanti ni",

Ternyata telahan Leman benar belaka, dalam selang beberapa minit beliau telah mengutip hampir 3 ringgit jumlah syiling yang ditemui sekitar kawasan yang berhampiran syiling pertama tadi. Leman tersenyum puas..... 

Pada masa yang sama, nun di atas tingkat 8 sebuah banggunan yang masih dalam proses pembinaan, kedengaran sayup-sayup makian dan cercaan dari seseorang kepada seseorang..... " Lahabau kau Leman, habis syiling aku ko kerjakan, tak pandang atas langsung!!!", Rupa-rupanya syiling yang dikutip Leman tadi sengaja dijatuhkan oleh Awang Bilis ( Kecik je orangnya, sebab tu orang panggil Awang Bilis). Awang Bilis merupakan penyelia tapak pembinaan tempat Leman Ketom bekerja. Syiling yang sengaja dijatuhkan itu adalah bertujuan menarik perhatian Leman untuk mendongak ke atas setelah Awang gagal memanggil Leman dari tingkat atas untuk menyatakan satu pesanan. Awang terlupa membawa walkie talkie yang sering digendongnya kerana tertinggal di jamban masa buat pelaburan sebelum naik ke tingkat atas tadi. Bunyi-bunyi bising juga menjadi pemankin kepada kegagalan suara beliau memanggil Leman di bawah.

Awang mencari idea bagaimana lagi cara nak tarik perhatian si Leman yang leka kat bawah tu. Akhirnya beliau menemui jalan, satu batu kecil diambil dan dijatuh terus kebawah. Secara kebetulan ketika batu itu dijatuhkan, Leman Ketom membuka topi keselamatannya untuk menggaru kepala kerana gatal. " Keettuupp!!"...Alamak..betul-betul kena kepala si Leman daaa. 

Dengan jatuhan batu dari tempat tinggi tanpa rintangan lain dan ditarik daya graviti bumi yang agak laju, berbenjol jugak la kepala Leman. Dan ketika menahan kesakitan itulah, Leman mendongak keatas untuk melihat dari mana datangnya batu itu....

Kesimpulan dari Cerekarama ini mudah. Kita berbalik kepada realiti kehidupan yang sering berlaku. Adakalanya kita didatangkan dengan nikmat yang melimpah ruah, kita umpama taksub dan leka dengan nikmat sehingga terlupa untuk memandang ke atas melontarkan kesyukuran dengan nikmat yang diberi, sedangkan sekiranya ditimpa musibah atau sesuatu yang tidak disukai, sesuatu yang menyakitkan, baru lah kita mula mencari punca ,insaf dan kembali mengingati Pencipta yang Maha Esa. Ala ayat mudah senang nak faham " Time senang lupa diri, susah baru nak sedaq diri,".. Sekian Wallahhuaqlam... 

Eh-eh..nanti-nanti...Bro macam mana dengan ending cerita tadi ??...." Cerita tu bergantung kat situ ja kot pasai malaih nak sambung taip dah panjang-panjang...ntah ada orang baca ka dak pun tak tau....satg nak p Bazar Ramadhan pulak ni cari juadah berbuka...jom-jom satg lauk habih...kah3",


Wednesday, June 3, 2015

OPS WARTA



" Adoi!!! road block pulak.." Puak-puak ni dah tak dak keja lain gamaknya!! keluh Raden Amzar sendirian apabila terserempak dengan sekumpulan manusia yang lengkap beruniform, menjalankan tanggungjawab menjaga keamanan negara." Ni semua OPS Warta la ni.. Dah la cukai jalan ngan lesen tak dak ni , ic yang hilang hari tu pun tak sempat nak buat report lagi, kalau kena tahan ni..bukan setakat masak, mandi aku", fikir beliau tentang implikasi yang bakal diterimanya nanti sekiranya mengharungi sekatan jalanraya tu.

" Tak pa Raden, rilek..sebelum ni dugaan lebih hebat dari ni selamba kau harungi dengan jayanya, tak kan benda simple macam ni ko dah nak mengelabah biawak, ko bole raden ko bole!!",bisik jejaka yang begitu menggemari nasi ayam madu itu sendirian memberi motivasi . Raden Amzar mengimbau kembali bagaimana beliau dengan selamba mengharungi laluan lampu isyarat tanpa memakai topi keledar betul-betul di hadapan polis trafik yang kebetulan berada di situ tanpa menarik perhatian polis tersebut untuk menyaman beliau.

Muncul kembali di benak fikiran beliau petua yang diguna ketika mengalami peristiwa itu yang dianggap begitu " Magic". Mana tak magic, dah la tak pakai helmet kat jalanraya, lintas trafik light depan polis trafik.. tak kena saman langsung, beliau umpama halimunan!! memang amazing la baq ang!!! apa petua si Raden Amzar ni agaknya??? 

Sebenarnya pada ketika itu Raden hanya membaca Surah Al-fatihah sambil bertawakal supaya dia tidak akan dilihat oleh polis trafik. Petua yang diberitahu oleh atuknya itu dirasakan begitu berkesan untuk mengharungi road block kali ni, beliau bertekad untuk mempraktik petua itu lagi, Tanpa membuang masa, Raden Amzar meneruskan perjalanan dengan memulakan bacaan Al fatihah sambil bertawakal supaya beliau " Halimunan" semasa melalui sekatan.

Ternyata, beliau melalui sekatan tersebut umpama angin, tiada langsung anggota dan pegawai yang bertugas menghiraukan kehadiran beliau. Raden umpama tak wujud langsung di mata pegawai dan anggota bertugas...Alhamdulillah..Raden Amzar tersenyum sambil memuji nama Allah dan mengayuh basikalnya terus berlalu hingga hilang dari pandangan....



Renungan Raden Amzar ke arah Road Block sebelum mengharunginya....kah3

WW # 21 REALITI KEHIDUPAN


* Kemudahan adalah ujian syukur, sedangkan kesulitan adalah ujian sabar..