Nuffnang Ads

Thursday, February 26, 2015

SELANGKAH KE ALAM MISTERI


Misteri.... Berapakah jumlah ranting pokok-pokok ni???


Lukisan anak gua malam tu.

Lakaran semula pagi ni

Alam misteri?? Apa yang misteri tu?? Apa kaitan 2 gambar kat atas tu??. Ok dipendekkan cerita.. Yang kertas pink tu lakaran dari anak kedua gua, yang bawah tu lakaran gua sendiri untuk menjelaskan lakaran anak gua tadi tentang apa yang cuba dia sampaikan kat kertas pink tu. Persoalannya ialah apa yang cuba disampaikan oleh anak gua ni ?? dia lukis apa?? dari pengamatan nampak macam seseorang yang bertelekung untuk bersolat.

Tapi bila gua soal apa yang dia lukis tu, jawapan yang diberi tu la yang membangkitkan suasana misteri.. " Adik lukis hantu..ni la hantu tu". Lukisan ni dia lukis lepas kami satu family baru sampai dari bercuti hari tu. Bila dah sampai siap-siap mandi gua rehat-rehat la sambil guling-guling kat ruang tamu. Dua beradik ni rancak lagi dok main walaupun dah nak dekat pukul 1 pagi, maklumlah dalam kereta depa dah berapa kali khatam tidoq.

Masa dok main tu la tiba-tiba dia datang tunjuk lukisan ni. Gua malas nak layan sangat coz letih ngan mengantuk, tapi memandangkan anak anugerah Allah, gua gagahi jugak melayan tengok apa yang dia lukis. Pada pengamatan pertama gua ingat dia lukis gambar tok ( Nenek ) dia nak sembahyang ka, tapi bila dia jawab dia lukis hantu, gua terfikir bole pulak budak ni imagine benda alah ni tengah-tengah malam, macam la dia biasa nampak. Gua tanya lagi " Ya ka hantu macam ni, adik nampak ka??".." Ha adik nampak la, kat belakang babah tadi", dia jawab sambil tunjuk arah langsir kat belakang tempat gua baring tadi.

Alamak!! Meremang bulu roma gua dibuatnya, cepat ja paling belakang nak tengok kot ada betui...cerah mata gua time tu, tadi dok mengantuk ja. Fuh!! tak nampak, tapi dia kata ada tadi. Memang misteri cakap lu!! gua yang hero macho ni pun goyang beb. Memang misteri!! misterinya ialah adakah " Benda" tu betui-betui ada kat belakang gua tadi dan yang paling misteri, adakah anak gua ada " Deria Keenam"???.. dia nampak, orang lain tak nampak. Wallahhu'alam...Bila dah jadi misteri malam tu, gua sentiasa ja mendampingi isteri. Bukan sebab penakut, cuma hakikatnya tempat isteri kan disisi suami. So malam tu isteri sentiasa ja disisi..Kah3..



* USAH BIARKAN DIRI ANDA DISELUBUNGI...MISSTHREEEEEEEEEE.. AUWWW..AUWWWWWOOOOOWW ( BUNYI SERIGALA DALAM TV DISELANGI BUNYI KILAT DAN GURUH..PUN DALAM TV JUGAK)...KAH3


Monday, February 9, 2015

TAK PERNAH PUAS



Kita hidup digunung, merindukan pantai. Kita hidup dipantai, merindukan gunung.


Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau?



Diam di rumah, keinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.



Waktu sunyi mencari keramaian. Waktu ramai cari ketenangan.



Ketika bujang mengeluh keinginan untuk menikah. Sudah berkeluarga mengeluh belum punya anak. Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.



Ternyata, sesuatu tampak indah kerana belum kita miliki..



Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..



Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..



Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..



Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun..



Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan dimana-mana, bumi ini sekalipun akan tampak buruk..



Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.



Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma seujung kuku.



Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakan-Nya.



Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan..



Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..



Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..



Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki..



Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..



Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..



Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..



Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur..Amiin


* Tak puas hati betui!!!! kenapa muka Brad Pit macam muka gua??? tak dak muka orang lain ka dia nak tiru!!!..Kah3

Wednesday, February 4, 2015

HAI MELAYU



Hai Melayu! 

rumahmu semua dibina indonesia, 

ekonomi pula dikuasai cina, 

golongan profesional semuanya india, 

warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa, 

warga bangla pula menjadi JaGa, 

orang Nepal yang menabur baja, 

orang pakistan usung karpet jaja merata, 

lalu melayu ada apa? 

harapkan ustaz, saling menyesat, 

harapkan hiburan, lagi best filem barat,

harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat 

harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat, 

harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat! 

Hai melayu! 

masih mendabik menjadi tuan?

sibuk mahu menjadi tuan, 

rupanya kerja kelas bawahan, 

ditipu mentah orang atasan, 

konon perjuangan ini untuk kalian! 

kerja sikit, sembang kencang, 

banyak rungut, sikit rancang, 

siapa tegur, dituduh lancang 

duduk warung, gigit kacang! 

Hai melayu! 

konon kau pantang dicabar, 

konon kau tangkas menyambar, 

tapi cuma indah khabar, 

rentakmu makin lama makin hambar 

kau melayu aku pun melayu, 

aku menulis bukan cemburu, 

aku mahu engkau tahu, 

kenapa melayu tak macam dulu..... 

Hai melayu! 

jari mu hebat bertutur di facebook alam maya, 

bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya, 

kau cuma tahu ber gaya, 

Hai melayu! 

kau melaung-laung di jalan raya, 

bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya, 

pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya! 

Hai melayu! 

kerana hendak bergaya kau gadai pusaka, 

bila dah kaya kau jadi puaka, 

ini tandanya kau sudah derhaka! 

Hai melayu! 

sedarlah bangsa ku, 

buka lah minda mu, 

bersatulah bangsa ku, 

kerana malaya bukan lagi milik mu ! 

aku pun melayu, 

engkau pun melayu, 

bodoh sombong harus di tepis, 

riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris, 

bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa, 

kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.......

Pedih menyengat..... Untuk muhasabah diri kita

JIKA TAK NAK BERUBAH, TERUSLAH JADI MELAYU YANG LAYU DI TANAH SENDIRI.

A SAMAD SAID