Nuffnang Ads

Wednesday, January 28, 2015

WW # 17 HARGAILAH ISTERI ANDA


*Hargai pengorbanan isteri anda, jangan sampai terkorban sudah...Kah3

WW # 16 ALIF LAM LAM HA


*Perkara yang sering dilakukan untuk confirmkan tiada sebarang penipuan time budak-budak dulu..

Monday, January 26, 2015

HAMBA LAHIRKAN TUAN

Tanda-tanda kecil Hari Kiamat telah pun banyak yang terjadi dan dapat kita saksikannya pada hari ini. Tanda-tanda Hari Kiamat adalah berdasarkan dari Hadith-Hadith Rasulullah saw yang bermaksud :-

"Tidak akan terjadi kiamat melainkan setelah berlaku perkara-perkara berikut, :-

Salah satunya ialah " HAMBA LAHIRKAN TUAN" 

Sistem perhambaan telah pun dimansuhkan. Jadi siapa hamba yang dimaksudkan dalam hadith ini? Ada pendapat yang memberi erti hamba sebagai orangtua (terutama ibu) yang diperhambakan oleh anak kandung mereka sendiri. Dan macam mana tu?? ok berdasarkan keadaan semasa yang berlaku kini dimana kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, mahu mengubal undang-undang dan salah satunya ialah memberi hukuman kepada ibubapa yang merotan anak. 

Kalau la betul undang-udang ini dipraktikkan di negara yang dicintai dan berstatus negara Islam ini, makanya keadaan seperti kartun di bawah boleh terjadi



Kita nak rotan, dia sound kita balik!!!



Nak rotan mesti anak cakap " Kita jumpa di Court "



Saturday, January 24, 2015

PANTUN ROSAK

PERNAH DENGAR PANTUN ROSAK???, JOM TENGOK VIDEO NI...


Ni la penangan Maharaja Lawak Mega...Rosak pantun..Kah3

RUGI DUNIA DAN AKHIRAT

Assalamualaikum dan salam pagi Sabtu, pagi hari minggu. Semalam anak-anak gua tido agak lewat, maklumlah hari minggu la katakan, pagi ni dua-dua masih terbongkang. Gua dah line clear ni tak tau nak buat apa buka la dashboard update apa yang patut. Sat lagi depa mangkit, PC ni dah memang depa pajak sampai la tido balik malam ni..hehe.

Gua bukan apa pagi ni just nak kongsi satu perkara berkaitan dengan kanak-kanak yang dalam proses perkembangan fizikal dan mental. Betapa mereka-mereka ini cepat terpengaruh dengan keadaan dan cepat belajar.

Ceritanya macam ni, semalam masa gua tengah belek-belek majalah tentang motosikal, datang la si kecik anak gua dan sound " Babah ni asyik baca buku moto tapi al-quran tak dibaca....Ruuuggii.!!"..Alamak, tergamam gua. Bini gua terdengar pun gelak. Fuh!!..memang pedih bagai disusuk sembilu. Ini la yang dikatakan " Lidah Lebih Tajam Dari Pedang". Macam mana ayat tu boleh terpacul dari seorang kanak-kanak berusia 3 tahun  3 bulan. Selidik punya selidik, rupanya dia ada tertengok satu video ceramah yang dah dimuat turun bini gua dari group Wasaap office dia. Jom tengok video yang bagi kesan kat anak gua tu untuk pedoman bersama :




Video-video memang mudah bagi kesan kepada kanak-kanak



* Melentur buloh biarlah dari rebung, kalau rebung dah jadi buloh, memang dah payah nak lentur, tebang buat tabung buloh or lemang je la...

TERBAKAR


Aksi panas ni pasti ' Terbakar ' kalau line clear..

Dua pasangan kekasih yang baru menjalinkan hubungan cinta sedang berjalan berpimpinan tangan di Taman Tasik Shah Alam tanpa ikatan perkahwinan yang sah ( Astagfirullah, jangan tiru aksi ni, berdosa !!) Apa alasan lu bro bagi statment macam tu???... ye la cer lu bayangkan kita pegang babi yang haram tu sekurang-kurangnya boleh samak, lu pegang awek yang bukan mahram yang sesungguhnya haram bagi kamu, agak-agak ko nak samak macam mana..???..kah3

Ok ok sambung balik. Letih berjalan dua pasangan ini duduk dan berbual 

GADIS ( ORANG SELANGOR ) : Papa ( belum apa-apa dah papa, hai rosak!! ) bole mama tanya sikit???

BALAK ( ORANG KEDAH ) : Ape mama?? untuk mama bukan setakat tanya, kalau mama nak papa renang lautan api pun papa sanggup ( Ceh minum tea o panas pun ko tiup dulu, nak renang  lautan api konon)

GADIS ( ORANG SELANGOR ) : Ye ke..hihihi..tak mama nak tanya..papa orang Kedah, kalau terbakar orang kedah panggil ape??

BALAK ( ORANG KEDAH ) : Ooo..kalau orang Kedah terbakar kita panggil " Terbakaq", mama orang Selangor kan. Orang Selangor panggil apa kalau terbakar??

GADIS ( ORANG SELANGOR )  : Kita orang panggil Bomba!...kah3..kah3 ( ketawa terbahak )

BALAK ( ORANG KEDAH ) : Orait... kita putus!!!!!!!




Thursday, January 22, 2015

BAGAIMANA MENJIMATKAN DATA INTERNET ANDA

Assalamualaikum , salam sejahtera dan salam satu dunia buat warga dunia. Bagaimana nak jimatkan Kuota Data Internet Anda??? idea datang secara mendadak dan secara tiba-tiba, namun perasaan ingin berkongsi tak dapat gua bendung lagi dan akhirnya... Beginilah caranya..nin dia nak baq ang!!!!

- Boleh diaplikasikan untuk mereka yang ingin memuat turun gambar-gambar dan fail-fail .pdf .

- Pilih gambar yang mahu dimuat turun.

- Step penting!!! jangan muat turun gambar.

- Sekiranya menggunakan peranti telefon pintar, guna fungsi " Screen Shot " @ " Screen Capture" gambar yang diingini. ( Fungsi butang untuk Screen Shot adalah berbeza-beza mengikut model telefon)

- Sekiranya penggunaan PC dan Laptop, hanya tekan butang " Print Screen " pada keyboard untuk capture gambar pilihan

-Save pada mana-mana fail pada peranti dan sunting gambar-gambar pilihan tadi ikut citarasa sendiri menggunakan perisian yang mudah ( Tak payah Photoshope la kalau setakat nak crop picture ja, office dengan paint pun bole)

-Siap

Ye ke boleh jimat data macam tu?? apa logiknya??..logiknya di sini ialah kalau la sehari jumlah saiz gambar pilihan terkumpul 500KB kita muat turun, lepas tu dimuat turun sebanyak 1000 kali gambar saiz yang sama , amik kalkulator ko tekan la 500000 x 1000..??? 500000000..dah 500MB. Cer tengok plan data Maxis, 500MB pada kadar RM25.Dah jimat RM25 dah tu. So dengan hanya capture screen atau print screen tanpa muat turun, kita jimat ke tak Data Internet kita???...jimat kan..kan..kan.....kan....Kah3..tapi masa ja la kita guna lebih sikit nak edit sikit.. Biasa la kehidupan..sentiasa ada pilihan....rasa macam merapu tak entri ni??..tu la gua pun rasa macam tak guna ja idea ni..tapi tak pa nak update blog punya pasai..kira jadi la.. jom layan video seround... Nin dia baq ang!!!



* Tapi kalau betui-betui nak jimat cer try pakai Sim card One XOX.. memang berbaloi-baloi, 1.5GB pada kadar RM29.90..dan lagi promote...Kah3






Tuesday, January 20, 2015

BAGAIMANA MENYELAMATKAN KUCING TERPERANGKAP ATAS POKOK


( Gambar hiasan )


Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu dunia. Mesti ada yang cakap apasal ni kecoh-kecoh kucing atas pokok pun nak cerita ka, tak mencabar langsung. Mencabar ka x mencabar ka kalau situasi tu berlaku depan mata, rasanya sebagai mahkluk yang dicipta oleh Pencipta yang sama, sanggup tak tengok penderitaan mahkluk lain biarpun hanya seekor kucing???

Kes ni jadi malam semalam, time gua sampai rumah dok angkut barang masuk, anak gua yang kecik cakap ada kucing atas pokok tu, kita kena selamatkan, kesian dia lapaq katanya. Gua jengok dari jauh tak perasan pun. Anak gua ni nak mainkan gua ni rasa, tak dak pun. Masuk dalam rumah bini pulak confirmkan apa yang disampaikan anak gua tadi. Dia cakap dari pagi tadi dia nampak kucing tu kat atas pokok. Tapi gua tak nampak and assume kucing tu dah lompat turun sendiri la tu.

Lepas Magrib, selesai makan keluar rumah kejap nak buang sampah, dah buang pusing nak masuk rumah terdengar la rintihan kucing tadi. Laaa..dok atas pokok lagi rupanya. Masuk amik touchlight suluh, ya la jelas nyata kucing tu kat atas tak dak idea nak turun.Ok berikut adalah kronologi kejadian tu :

- Gua cuba amik kayu panjang, arahkan pada kucing tu supaya dia turun ikut kayu tu.Jalan buntu.Dia tak faham

-Nak panjat pokok agak tinggi, tiada tangga di rumah, lagipun pokok tu ada dahan berduri dan jenis kayu yang rapuh ( Pokok Payung Indonesia )

-Masuk rumah semula cari idea, bini gua cadangkan telefon bomba.

- Gua ketawakan bini gua pasai bagi idea lawak..Kah3

-Bini gua bengang terus call adiknya yang bertugas sebagai Pegawai Bomba di Perlis untuk confirmkan bole ke tak buat aduan pada pihak bomba selamatkan kucing atas pokok.

- Adik ipar gua bagi jawapan positif.. Bole call bomba untuk selamatkan kucing coz memang kerja diorang..Bomba dan Penyelamat.

- Gua pasrah, masuk google cari nombor telefon Balai Bomba berdekatan dah dapat terus call

-Masa buat aduan, pegawai bomba yang menerima aduan begitu profesional melayan biarpun kes terpencil

- 5 minit kemudian, memang mengejutkan... sebuah jentera Bomba dengan kekuatan 5 Anggota tiba depan pagar rumah ( Macam kes besar ja gayanya )

- Gua tunjukkan lokasi kucing tu terperangkap, tanpa tangga, hanya memakai glove salah sorang dari anggota memanjat dengan gayanya dan akhirnya kucing berjaya diselamatkan...Alhamdulillah

- Ucapan terima kasih diucapkan pada anggota yang memberi sepenuh komitment untuk menyelamat biarpun hanya seekor kucing liar. Tahniah Bro-bro bomba. Gua tabik spring 18 kali kerana menyelamat apa saja dengan penuh etika.


Memang mengangumkan..Hanya selamatkan kucing, jentera macam ni dihantar, ingat mai dengan van ja
( gambar hiasan )


Haa..mcam tu la kronologi kejadian malam tadi. Dan yang paling happy gua tengok anak gua yang kecik tu la, melompat sambil bye-bye kat jentera bomba time depa balik. Yeeaaa..bomba dah selamatkan kucing!!! katanya

So sekarang dah ada idea tak kalau dah tak bole dengan inisiatif sendiri macam mana nak buat??? Bagaimana Menyelamatkan Kucing Terperangkap Atas Pokok???.. jangan sengan silu.. Call Bomba Dan Penyelamat Malaysia


* Memang kucing tu kelaparan, licin nasi dia bedal lepas selamat turun.

MASUK KANDANG KAMBING MENGEMBIK, MASUK KANDANG KERBAU MENGUAK



Serupa tak seirama..paham tak maksud tu??..maksud dia benda yang sama, tapi panggilan berbeza...ada kala maksud yang nak diekpreskan jadi berlainan bila pengunaan sesetengah perkataan. Di sini akan berlaku salah faham dalam komunikasi. Benda ni sering berlaku ketika zaman gua berkelana ke seluruh Malaysia dan luar Malaysia masa zaman nomad dulu ( Gaya hidup berpindah randah dari satu tempat ke tempat yang lain )...

Time tu keadaan memaksa gua mengembara ke seluruh pelusok negara untuk mencari erti kehidupan sebenar. Pengembaraan yang telah membawa diri ini ke sebuah gerai makan kat seksyen 19 Shah Alam. Memang time tu dah tak tahan, lapaq gila-gila baq ang!!.. Dah siap amik nasi dengan lauk pauk pilihan, gua perasan mak cik ni terlupa nak letak sesuatu..

" Mak cik 'Camca' mana??"....mak cik tu berkerut dahi.." Camca??"..dia soal gua balik.. Ai mak cik ni..kita tanya dia, dia tanya balik..dah separuh abad hidup camca pun tak tau ka..mak cik ni dari plenet mana sebenaqnya ni??..bisik gua dalam hati..( Padahal gua la mahkluk asing, terlupa pulak gua kat plenet Selangor, bukan Plenet Kedah)..kah2.. Akhirnya gua ternampak kelibat 'Camca ' dalam bekas di hujung meja sambil tunjuk dan cakap " Ha tu la 'Camca' mak cik"...." ooo lain kali cakap la Sudu", kata mak cik tu sambil tersenyum.. Rasa malu pun ada, biasa la first time gua mendarat kat tempat orang....masih terbawak-bawak slang ' Over sea'..haha

Kejadian yang sama juga berlaku masa gua tumpang tidoq rumah member di Cheras, ada la anak jiran ( bole tahan cun macam Ema Maembong..tapi mungkin Ema Maembong betul coz time tu mesti dia sekolah lagi kan ) tegur.. " Ai rajin cuci moto bang ", ( Maybe dia nak 'Try' gua ni..haha perasan ).. dengan selamber gua balas " Biasa la dik, nanti moto 'belemoih' orang cakap kita ' Penyegan' pulak kan".. Agak-agak kalau korang memang anak jati KL dan tak dak sedara mara sebelah utara dan tak pernah sampai ke negeri-negeri utara, faham tak jawapan gua tu??? rasanya tak faham coz gua tengok air muka budak tu berkerot je dahi dengar jawapan tu.

Dan ada kejadian masa gua excident patah tangan. Masuk bilik kecemasan doktor tanya " Kenapa tangan encik patah ni??".. gua jawab " Moto hilang kawalan, saya 'belah' pokok",..doktor ni pun straight to the point cakap dia tak faham, apa kaitan moto hilang kawalan dengan belah pokok?? dan dah belah pokok kenapa tangan pulak patah.. Gua tercengang, tapi memandangkan doktor tu macam blur, gua tune balik ayat tadi.." Sebenarnya macam ni doktor, saya tunggang moto dan moto tu hilang kawalan sehingga terlanggar pokok", baru dia faham sambil tersenyum.

Jadi betul la kata pepatah orang kita " MASUK KANDANG KAMBING MENGEMBIK, MASUK KANDANG KERBAU MENGUAK", bukan apa kadang kala terlupa nak tune penggunaan perkataan pada persekitaran semasa.

Pembetulan ayat-ayat tadi ikut bahasa standart :

KES 1 : " Makcik, sudu mana??"

KES 2 : " Biasa la dik, nanti moto kotor, orang cakap kita pemalas pulak kan" 

KES 3 : " Moto saya hilang kawalan terbabas dan terlanggar pokok"

Kalau nak ikut banyak lagi kes masa gua mula-mula nak sesuaikan diri kat tempat orang dulu, bila fikir balik macam lawak ja, cakap dalam bahasa yang sama tapi masih tak faham kerana perbezaan pelat atau dialek.

* Buah Mangga dalam dialek Utara ialah ' Pelam' dan dalam dialek Kelantan ' Pauh'. Untuk mengelak aib jangan sesekali convertkan direct perkataan ' Pelam' kepada ' Pele' jika ke Kelantan, kerana maksudnya 200% lain..hehe



Monday, January 19, 2015

UJIAN LISAN



Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ ) akan mengadakan Program Ujian Lisan bagi memastikan kelompok yang tidak tahu membaca tetap memperoleh lesen memandu. Ini bertujuan untuk mengelak alasan golongan buta huruf bahawa tidak boleh membaca menyebabkan mereka tidak memiliki lesen memandu.

Pakcik Kordi ( Nama Glamour, bukan nama sebenar) adalah seorang penoreh sepenuh masa di Kodiang ( Tak tau Kodiang tang mana??..sila google, harap maklum). Beliau dengan berbesar hati telah memohon untuk menyertai program ini atas kesedaran sendiri apabila dengan tidak sengaja melanggar seekor katak dan katak tu mati tanpa sebarang pembelaan dari pihak yang berwajib. " Kesian katak ni, muda-muda lagi ( kelebihan pakcik kordi, tahu usia haiwan dengan hanya melihat keadaan fizikal ) dah " Mati Katak ", bisik beliau sendirian mengenangkan nasib katak tu. Beliau pun terfikir, " Macam mana la situasi ni jadi kat aku, " Mati Katak" aku kalau kena langgaq macam ni, dah berpuluh tahun bawak moto lesen tak dak ni".


Kesian katak ni ( sekadar gambar hiasan )


Usia Pakcik Kordi bakal menjenggah 60an hujung tahun ni, tapi selama itu juga lah beliau mengerakkan jisim badan beliau dari titik A ke titik B dengan kapcainya tanpa lesen. Beliau bernasib baik kerana tiada kecelakan menimpa sepanjang menjadi penunggang tanpa lesen selama ni.


Manusia tak ubah macam katak ni kalau tak dak lesen memandu


Suka cita dimaklumkan, permohonan beliau berjaya dan pada hari yang dinanti, beliau dengan konfidennya menghadiri ujian Lisan tersebut. Apabila tiba giliran Pak cik Kordi :

PEGAWAI JPJ  : Ok Pak cik, bole pak cik terangkan makna warna-warna lampu isyarat??

PAK CIK KORDI  : ooo.. Merah berhenti,Hijau jalan, Kuning Bersedia cik..

PEGAWAI JPJ   : " Bole tahan pak cik ni, tahu jugak ingat tak tahu",bisiknya sendiri.. ok pak cik boleh pak cik bagi sebab kenapa kita tidak boleh momotong???

PAK CIK KORDI  : " Eh tahu pulak budak JPJ ni keja aku ", fikir beliau sebelum menjawab.oo kalau selalu tak boleh memotong ni pasai hujan cik..

PEGAWAI JPJ  : " Aaah, betul juga tu pak cik, bila hujan kan licin, kita kena hati-hati kerana penglihatan pun makin kurang jelas", tapi ada lagi jawapan yang tepat lagi, cuba pak cik bagi tau lagi.

PAK CIK KORDI   : Kalau berangin ngan ribut pun tak bole memotong cik 

PEGAWAI JPJ  : Betul jugak pak cik, bila berangin ni bahaya nak memotong,ada angin lintang, ribut lagi la bahaya. Tapi jawapan tu tak tepat pak cik, ada jawapan lain pak cik.

PAK CIK KORDI  : Kalau yang tu pun tak tepat pak cik rasa yang paling tepat tak boleh memotong mesti la pisau memotong patah, dah pisau patah macam mana nak p memotong..tepat tak jawapan tu cik???

PEGAWAI JPJ   : Alamak Pak cik salah faham ni, saya maksudkan masa memandu pak cik, memotong masa memandu, bukan memotong getah yang macam pak cik faham tu

PAK CIK KORDI   : Laaaa.. Awat tak habaq...lain kali tanya bagi terang sikit cik..pak cik dok ingat motong getah baq ang!!!...Kah3...


Ini bukan Pak Cik Kordi ( Sekadar gambar hiasan )


* Moral of the story : Sebarang pertanyaan biar jelas agar tidak mengundang kontroversi..


Friday, January 16, 2015

REVIEW MYVI BAHARU 2015


Assalamualaikum dan salam satu dunia. Rasanya agak lama jugak gua tak update entri dengan karangan yang panjang-panjang. Malas tak malas cuma dok tunggu hari Rabu ja dok update Wordless Wednesday coz simple..letak gambaq, merapu sikit-sikit dan click publish.Untuk  Sunday, Monday, Tuesday, Thursday, Friday and Saturday ialah Blank Update Everyday...nak BW lagi la..sorry kawan-kawan ya..kot ada dok tunggu gua BW blog depa..hehe..

Dengan berkat penghulu sekelian hari untuk petang Jumaat ni rasa macam nak cerita sikit pasai kereta la. Lain tak bukan nak review sikit tentang Peroudua Myvi Baharu 2015 merangkap kereta yang paling banyak kena maki dengan gua time nak parking. Mana taknya..kesabaran seorang lelaki macho macam gua ni diuji dengan sering tertipu dek " Kependekan" bontot myvi ni. Dari jauh macam kosong bagi signal nak masuk park, alamak si myvi kontot ada. Asal nampak kosong ja mesti si Myvi kontot ni ada, asal Myvi kontot ni ada mesti ja nampak kosong. Mungkin jugak jodoh gua dengan myvi ni kuat gamaknya, sering saja bertentang bontot..kah3..leh booking satu la rasanya untuk tahun ni. Jom kita usha sikit apa yang menarik Myvi Baharu ni...Nin dia nak baq ang!!!



Mmmm..Bole la..ada new colour



Bahagian depan dan bontot



Pandangan Bahagian luaran



Pandangan Dalaman






Ciri-ciri keselamatan



Variant Colour..Pilih-pilih yang mana berkenan, kalau semua berkenan booking semua..haha


Amacam?? untuk keterangan lanjut sila layari sini MYVI BAHARU dan kalau dah tak dak idea macam mana nak  tukar keta baru boleh refer sini Cara Trade in Kereta Yang Belum Habis Bayar 


On the way balik umah mak gua tadi lalu la kawasan sawah padi pusaka arwah ayah. Gua tengok dah kuning la kelibat "Pokok Duit" ni. Ada potensi buat downpayment Myvi baru ni...hehe



Pokok Duit dah mula keluarkan duit....Myvi baru on the way..HOOREEYY !!!!!


* Kadang-kadang ada orang hilang akal nak jual tanah gara-gara nak beli keta baru ( Tu bukan hilang akal, tu dah tak dak akal.....kah3 )